Di Asia Selatan Tulisan Pallava

Lihat juga: Tulisan Tamil
Satu contoh tulisan Vatteluttu oleh Rajaraja Chola I di candi Brihadisvara di Thanjavur.

Tulisan ini digunakan untuk menulis sesetengah bahasa Dravidia di India Selatan dan Sri Lanka. Tulisan ini juga satu tulisan kuno yang digunakan untuk menulis Bahasa Tamil selepas menggantikan tulisan Tamil-Brahmi berdasarkan sistem tulisan brahmi. Bentuk tulisan bulat ini juga digunakan di Kerala untuk menulis Bahasa Tamil dan juga proto-Malayalam dan Malayalam.

Rekod ukiran dalam Bahasa Tamil adalah antara 300 SM hingga 1800 dan telah melalui beberapa perubahan.[1]Tamil Grantha merupakan satu huruf yang huruf tambahan dicipta untuk perkataan Bahasa Sanskrit. Ini juga satu bentuk diubahsuai tulisan Tamil untuk menulis grantha Sanskrit, atau buku-buku. Dalam Tamil banyak huruf yang terdapat dalam Sanskrit terhilang.